TERBARU

BARU DIKEMASKINI "8 bulan"

Jualan Tebu

 
 


 
 
 
 
 
 













 









 

 

 

 

 
 
 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3 bulan

Pokok tebu sedang membesar.  Pada peringkat ini perlu ditaburkan baja NPK 15:15:15 untuk membantu pertumbuhan.  Alhamdulillah nampaknya pokok-pokok tebu tumbuh dengan suburnya.  Pada minggu ini kerja membaja dan meracun akan dijalankan.  Meracun rumpai dan juga meracun serangga.  Kerja meracun rumpai perlu dilakukan secara berhati-hati agar ia tidak mengganggu pertumbuhan pokok tebu.
 
 
Alhamdulillah... Pokok tumbuh menghijau

Cabaran utama adalah rumput yang tumbuh di atas batas.

Jarak antara rumpun agak luas agar pertumbuhan dan pembesaran batang tebu nanti tidak terbantut dan menghasilkan tebu yang berkualiti.

Tanaman peringkat II juga sudah mula membesar.  InsyaAllah sempat untuk bekalkan kepada peniaga-peniaga air tebu di bulan puasa nanti.

Alhamdulillah... pokok sedang membesar.

Pembajaan perlu lebih rancak sebab pokok ini adalah penanaman fasaII.

2 bulan dan kerja Menyulam

 Kini anak tebu sudah berusia 2 bulan.  Minggu lepas kerja menabur baja NPK 15:15:15 telah dilakukan.  Minggu ni kerja-kerja menyulam pula dilakukan kerana banyak juga anak-anak benih yang tak tumbuh.  Maka kerahan tenaga bala tentera diperlukan ketika ini kerana memerlukan banyak tenaga kerja.  Maka anak-anak yang balik bercutilah yang menjadi mangsa.  Bukan apa pun nak biasakan mereka dengan kerja-kerja sebegini supaya dia mengenali erti sebenar sebuah penghidupan.  Bila mereka merasai keperitan sebegini, barulah mereka menghargai erti setiap titik peluh yang menitis ke bumi... 
 
 
En. Omar membantu memotong anak-anak benih untuk dimasukkan ke dalam bonet kereta.  Kali ini datang ambil benih dengan kereta, terpaksalah potong benih tu pendek-pendek.  TQ En. Omar...

Benih yang telah dipotong diisikan ke dalam bonet kereta.
 
Pokok tebu tunbuh dengan subur.  Sudah berusia 2 bulan.
 
  
Banyak juga benih yang tak tumbuh.  Kerja penyulaman perlu dilakukan untuk memastikan pertumbuhan yang seragam.
  
Kelihatan jarak pokok tebu agak jauh antara satu sama lain kerana ada benih yang tak tumbuh.
 
Ira, Ana dan Syaza (Secong twin) memulakan kerja-kerja penyulaman.
 
Di samping itu kerja-kerja penggemburan juga dilakukan serentak.  Sekali jalan tapi lakukan dua kerja sekali gus.
 Pertumbuhan pokok agak memuaskan.
 
Bila tengok pokok membesar dengan subur, hati terasa puas.  Kepuasan yang sukar diceritakan... Yang pasti ketebangan jiwa ada di sini.  So, berbaktilah kepada tanah untuk menikmati kepuasan dan ketenangan jiwa.
  
Anak benih kat sini habis semuanya dinikmati oleh penghuni hutan (monyet) sebelah tu.  Tak apalah rezeki dialah tu.  Redha ajalah sebab apa yang kita tanam ni adalah makanan dia.
 
 Kelihatan pokok tumbuh menghujau

 

 
 
 
Ana... tekun menjalankan kerja-kerja penyulaman.
 
Banyak ruang kosong.... maknanya ada benih yang tak tumbuh.
 

Menghijau.... bersaing dengan rumput kat sebelah tu.... Tak apa abang long sedang melakukan kerja memesin rumput tu.... Kejap lagi bersihlah tu...



 
 
 
Kerja=kerja penyulaman giat dijalankan.



Minggu lepas baja NPK 15:15:15 telah ditaburkan.  Pertumbuhan anak tebu nampaknya memberangsangkan. Alhamdulillah.
   
Masing-masing sudah kepenatan....  Berehat seketika..











 

 
 Sikap kerjasama dan gotong royong.  Kerja susah jadi senang dan Kerja yang berat akan jadi ringan.
 
 
 
 Macam biasa.... My twin akan berlari-lari ke sana ke mari.... 
Biarkan aja.... asalkan mereka bahagia.
Abang long.... Mesin rumput supaya "Selak tebu nampak rumput" dan tidak lagi "Selak rumput baru nampak tebu"..... hehehhe
 
Cucu kesayanganku pun ikut turun ke kebun.... usia 5 bulan.
 
Terpaksalah berehat kat buai Cik Su....  Nampaknya cik su terpaksalah berkorban untuk Nur Qistina Alia.