TERBARU

BARU DIKEMASKINI "8 bulan"

Penanaman Benih

Penanaman Fasa II .... Scroll kat bawah
 
Hari ni saya dan Mem besar saja turun ke tapak penanaman....  Anak menantu semuanya kasi rehat maklumlah semalam dia orang dah kerja kuat tanpa mengira panas dan hujan.  Akhirnya berjaya juga projek kami dalam membesarkan pondok ni.  Tak sangka juga tambahan pondok tu boleh berdiri tegak... macam upah tukang pro jeee....
 
Pada mulanya hari ni bercadang nak tanam benih tapi dapat nasihat daripada pegawai LPP kawasan, dia suruh tangguh dulu sebab tanah baru lepas sembur racun bunuh benih rumpai.  Minggu depan saya nak ke Kuala Terengganu, mungkin dua minggu lagi baru boleh start menanam.  Walau bagaimana pun hari ni saya cuba juga menanam sebaris benih untuk melihat perkembangannya.
 
 
 
Sebelum benih tebu ditanam ia perlu dirawat dengan racun kulat seperti Benomyl atau Dieldrin dengan mencelupkannya ke dalam larutan racun tersebut. 
 
 
  
 
Benih tebu direndam di dalam larutan Benomyl (Benlate) selama 2 jam untuk mengelak serangan penyakit "Bulir Hitam"
 
 
 
Tebu yang sudah siap ditanam.  Cuma sebaris je untuk percubaan.

 
Sudah selesai kerja hari ni...
 
 
Selepas di tanam hujan turun dengan lebat sekali..... Dugaan dari Allah untuk menguji kesabaran.  Sesungguhnya Allah yang menentukan segalanya....
 

 
My twin sangat happy main hujan.... hajat dihati nak main kat luar pondok... tapi...no....no....no..... 
 
 
Benih yang baru ditanam ditenggelami air....  Hanya doa ku sertakan agar benih-benih tu tak rosak dan akan tumbuh juga nanti.... InsyaAllah...


5 hari kemudian,
Benih-benih yang ditanam mula bertunas.  Walaupun ditenggelami air, namun benih tersebut tetap bertunas juga. Alhamdulillah.  Beginilah keadaan benih-benih tebu yang dah mengeluarkan tunas.







 
Penanaman Fasa II: 
Penanaman Fasa II bermula hari ini sempena cuti Tahun Baru Cina.  Sebanyak 1000 batang benih di tanam hari ini. Benih pun dapat secara tergesa-gesa sebab anak-anak nak bertanam juga hari ni.... Semalam baru jumpa dengan pembekal benih ni....  Asalnya nak tempah benih daripada pembekal yang lain.... Alih-alih tak dapat apa khabar berita...  Terpaksalah cari pembekal lain yang sanggup bekalkan benih. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga pembekal yang sanggup membekalkannya.
 

 
 
Pagi-pagi lagi jumpa dengan En. Omar untuk dapatkan benih tebu.
 
 
Benih-benih tebu dimuatkan ke dalam kenderaan.
 
 
Kerja-kerja pemotongan anak benih dilakukan oleh Abang Long.  Dari pagi hingga ke tengah hari abang long memotong lebih daripada 1000 batang anak benih.
 
 
Benih yang sudah siap di potong. Sudah ready untuk di tanam.
 
 
Macam biasalah....Benih  direndam di dalam larutan Benomyl (Benlate) selama 2 jam untuk mengelak serangan penyakit "Bulir Hitam"
 
 
Abang Long melakukan kerja penanaman.  Panas tu abang Long.... Mana topi dan bootnya...
 
 
Sebelah petangnya Angah pula datang membantu.  Yang ni dahlah tak bertopi.... berkaki ayam pulak tu.... Boot ada tak dipakainya....Nasib baik tak terpicak benda tajam.... hati-hati angah!
 
 
Mem besar dan Ira puteri keduaku.  Macam tengah meeting je....  Meeting apa tu.
 
 
Ira puteri keduaku yang pulang untuk bercuti Tahun Baru Cina turun padang membantu.  Menggalas anak benih dalam guni.  Macam ada gaya je....
Masih lagi study kat MSU Shah Alam.
 
 
Abang Long dan Angah tekun menanam benih.
 
 
 
1000 batang anak benih perlu dihabiskan petang ini juga.  Besok dan lusa ada kenduri kahwin kat KL.  Tak boleh tak pegi sebab sedara terdekat....
 
 
My Twin macam biasalah dengan aktiviti mereka berdua....
 
 
Dalam pada itu my twin pun bantu juga kerja-kerja penanaman.  Tapi yang sorang lagi tak dapat membantu kerana kakinya bengkak kena gigit semut api...

 
Apa yang dibawa lari dalam guni tu? Ooooo benih tebu rupanya.... Alhamdulillah anak-anakku rajin membantu kerja-kerja di ladang.
 
 
 
Buat ulasan selari tentang kerja-kerja penanaman.  Macam ulasan bola sepak secara langsung je dibuatnya.... Sesekali tu nak gelak pun ada jugak dengan aksi mereka nih.
 
 
Yang baju purple tu kakak dan yang baju oren adiknya.  Beza kelahiran 45 minit antara keduanya.

 
Benih di tanam secara berbaris dalam alur / parit.
  
 
 
Kerja penanaman dah siap
   
 
Menanam dah siap... tunggu proses pembesarannya...  Kenalah prepare jadual pembajaannya pula supaya pembesarannya tidak terbantut... Yang penting kita dapat hasilkan tebu yang BERKUALITI.

 
Cabaran seterusnya ialah ancaman rumpai dan makhluk perosak.  Kenalah standby dengan racun rumpai dan racun makhluk perosak pulak.  Kerja-kerja meracun terpaksalah upah orang kerana kami tak punyai kepakaran.
 
 
Masing-masing sudah nampak kepenatan.....  Abang Long terduduk.... keletihan lah tu.... Untuk jadi usahawan berjaya ketabahan perlu ada dalam diri...  Perancangan.... Pelaksanaan... Penilaian dan Penambahbaikan amat perlu dalam apa jua bidang yang kita ceburi... Hehehe ...macam berceramahlah pulak... Maklumlah bekas "Pakar Perunding Perniagaan, MARA Negeri Sembilan" masa di Port Dickson.  Dah lama tak berceramah dan consult company terasa gianlah pula...

 
Bersiap-siap nak balik.....
 
 
 
Tinggu giliran nak keluar ladang....
 

6.30 petang kami bergerak pulang....  InsyaAllah 4 minggu lagi apa yang disemai hari ini akan mula tumbuh dan membesar. 
 
 
 
Ini gambar benih yang ditanam untuk percubaan dulu.... dah tenggelam air tapi Alhamdulillah tumbuh dengan subur dan terus membesar.


  Nampak tu.... dah keluar daun dah tu,,,, heemmm... seronok rasa di hati.
 

 
Seharian di kebun....  Kerja selesai sebagaimana di rancang... Alhamdulillah.

  
 
Masih ada tanah yang kosong.... Benih tak cukup.... Nanti kena cari lagilah anak benih tu.

 
 

No comments:

Post a Comment