Kerja memasang atap dimulakan... Bawa anak menantu untuk membereskan kerja-kerja...
Mem besar membantu anak menantu membuat kerja...
Hari ni pasang zink je. Kerja-kerja pacak tiang dan lain-lainnya telah dimulakan dua hari yang lepas....
Angah menjalankan kerja-kerja di atas bumbung... Satu-satunya anak lelaki yang Tuhan anugerahkan untuk kami... Angah! Abah dan Ma amat menyayangimu... Jangan persiakan kasih sayang keluarga.
Abang Long, satu-satunya menantu kami. Mempunyai semangat yang tinggi untuk menceburi bidang pertanian... Semoga semangatnya juga tinggi apabila menghadapi dugaan dan cubaan dalam bidang pertanian... Pertanian adalah Perniagaan. Perniagaan adalah Risiko. So Risiko perlu diuruskan sebaik-baiknya.... InsyaAllah di situ ada kunci kejayaan.
Kerja-kerja memaku atap sedang berjalan.... Nampaknya segalanya berjalaan seperti yang di rancang... Saya ni jadi pengarah program je... Memantau dan memberikan arahan agar segalanya berjalan dengan lancar.
My honey tersenyum girang kerana tak sangka kami anak beranak berjaya melakukan pembesaran pondok ni. Modal tak sampai pun RM 1,000.00 Barang yang digunakan pula adalah berkualiti. Memang puas hati ...
My twin daughter juga sibuk memanjat... Minta izin untuk naik ke bumbung tempat Angah tu... Tapi tak diizinkan. Dapat panjat tangga pun jadilah...hati-hati jangan sampai terjatuh.
Matahari sedang memancarkan kilauannya. Panas terik dan tangan kena lapik dengan towel... Atap tersangatlah panas dan susah nak memaku.. Masa ni dah tengah hari tapi angah tak nak turun.... dia nak siapkan juga. Semangat bebbb
Wow... matahari tengah memancarkan sinar dan membahangkan habanya.... Namun semangat kental untuk menyiapkannya berkobar di hati...
Pancut air atas atap untuk menyejukkannya, baru boleh sambung kerja.
Hero ku memanjat bumbung untuk pakukan atap.... terpaksa lapik towel sebab atapnya panas sangat.... Matahari tengah tegak kat kepala ...
My first twin daughter dan mem besar merasa air panas yang turun dari cucur atap.... Memang panas... macam air baru masak kat dapur... Kalau buat teh tarik pun kira OK gak.
Kerja-kerja terakhir... dah nak siap ni....
My second twin daughter pun dah sampai kat atas. Dalam diam-diam dia panjat sampai ke bumbung. Tercapailah cita-citanya dari tadi lagi.
Dah siap..... Alhamdulillah... Hasilnya puas hati sangat-sangat.... Penjimatan kos yang amat ketara dan amat dirasai.
No comments:
Post a Comment