TERBARU

BARU DIKEMASKINI "8 bulan"

Tebu vs Rumput

 
 
Selepas kerja-kerja menabur baja tahi ayam, rumput telah tumbuh dengan cepat sekali.   Keadaan kebun menghijau bagaikan sebuah kebun sayur.  Aduh... masalah ini perlu diselesaikan segera agar ia tidak membantut pertumbuhan anak tebu.  Kerja-kerja meracun tidak dapat dilakukan kerana anak-anak tebu masih kecil, malah ada juga benih-benih yang baru bertunas.  Penyemburan racun rumpai boleh memberi kesan kepada benih/ anak tebu.  Oleh yang demikian kerja merumput perlu dilakukan secara manual dan ia sememangnya satu kerja yang amat mencabar.  Jiwa perlu kental... Semangat kena kuat... Jatidiri pasti teruji...  Jangan ada istilah give up atau berputus asa.
 
Alhamdulillah... Pokok tumbuh dengan suburnya...
kena baja tahi ayam, pokok segar dan gemuk..

Dalam proses pembesaran... Minggu depan taruk baja
NPK 15:15:15 untuk pertumbuhan akar, batang dan daun.

Sama subur dengan rumput di sebelahnya.... Kongsi makananlah katakan
 
Rumput menghijau menumpang baja sang tebu..  Sekali pandang krlihatan macam kebun sayur.  Dua kali pandang cari pokok tebu tak jumpa...Tebu hilang dalam rumput yang menghijau.
 
Tebu vs Rumput... Pertandingan merebut tahi ayam... hehehhe

Rumput menghijau sehingga tak nampak pokok tebu....
Cabaran yang terpaksa dilalui...

Rumput vs Tebu.  Dugaan dan ujian yang perlu dihadapi.  Sebenarnya situasi sebeginilah yang menguji jatidiri kita.  Kentalkah semangat kita?
 
Nak sembur racun rumpai tak boleh.... anak tebu kecil lagi...
So apakah alternatif lain nak bersihkan rumput ni.

 
Tak ada cara lain. Terpaksa melakukan kerja merumput secara
manual kerana anak-anak tebu masih kecil...malah ada yang baru bertunas...
So tak bolehlah sembur racun rumpai lagi.

Kerja merumput secara manual... amat mencabar sekali...
Ketekunan pasti membuahkan hasil

Abang Long dan kawannya Amar...

Mem besar, Abang Long dan Amar tanpa mengaku kalah
bertarung dengan rumput rampai yang menghujau
 
Amar tekun mencabut rumput tanpa menoleh ke belakang...
 
Hasilnya amat mengkagumkan...
Dengan kerjasama dan azam yang kuat, yang susah menjadi senang...
 
anak-anak tebu pun baru kelihatan...
 
Anak tebu yang dah dibersihkan rumpat di sekitar pangkalnya

Rumput yang menghijau dah tak kelihatan lagi...
Kerja kome bertiga patut dibanggakan...
Syabas!
 
         Ujian lagi... Belum habis merumput... Hujan turun selebat-lebatnya...

Anak-anak tebu ditenggelami air....  Kita hanya mampu berserah. 
Sekadar menduga kekuatan minda menghadapi keadaan.
 
Tenggelam lagi.  Maklumlah musim hujan sekarang ni..  Sekurang-kurangnya dah
tak payah fikir nak pasang springkler lagi.. Hikmah disebalik setiap kejadian....
 
Mem besar berehat.... setelah kepenatan.. 
 
Hari ni my twin tak datang
sebab minggu depan dia ada exam.... 

 

 

No comments:

Post a Comment